Sunday, July 3, 2011

Aqidah : khawarij

Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan iktikad mereka dan begitu bersemangat terhadap pendapat mereka. Sikap taksub terhadap pemikiran ini mendorong mereka ke arah perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras hati terhadap orang yang menentangnya.
Kemunculan aliran ini
Aliran ini muncul adalah disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di antara Ali dan Mu'awiyah r.a.
Ketika peperangan sedang berkecamuk di suatu tempat bernama Shiffin, Mu'awiyah dan penyokongnya meminta diadakan majlis tahkim dengan Kitab Allah kerana khuatir tenteranya akan mengalami kekalahan. Para pengikut Ali berbeza pendapat terhadap tuntutan Muawiyah, di mana pada akhirnya mereka menerima diadakan Tahkim.
Ali r.a. talah memilih Abu Musa al-Asy'ari sebagai wakil dirinya dan kelompoknya. Manakala Muawiyah telah melantik Amru bin al-Ash sebagai wakil dirinya dan kelompoknya.
Kemudian bangkit sekumpulan tentera dari pengikut Ali. Mereka berkata: "Tahkim ini adalah salah. Kerana ini membawa makna kita syak mengapa kita berperang, di mana masing-masing berperang berdasarkan keyakinan masing-masing tentang kebenaran. Mereka berkata: "Tiada hukuman kecuali bagi Allah."
Mereka menuntut agar Ali berikrar terhadap kesalahan dirinya, bahkan mereka mengaggap kafir dengan menerima tahkim. Ali tidak menjawab tuntutan mereka. Lalu mereka bersepakat untuk keluar dari Kufah ke suatu kampung bernama Harura'. Ketika itu kelompok ini dinamakan dengan al-Haruriyah. Mereka diberi nama dengan Khawarij kerana mereka keluar dari imam Ali dan para pengikutnya.

No comments:

Post a Comment