Friday, December 18, 2009

RAGAM PGR PAI 2009 DLM KULIAH

PGSr tahun baru

PGSDSCN2276.JPG

SELAMAT MENYAMBUT  TAHUN BARU HIJRAH 1431H

DARI KAMI AHLI  PGSR

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

Semoga tahun ini lebih diberkati allah swt


MINGGU TERAKHIR INTERAKSI PGSR DIS 09

Semua ahli pgsr nampaknya semakin keletihan, letih memikirkan tugasan yga dibawa balik yang perlu disiapkan sebelum 25.03.09. Letih memikirkan kerja-kerja sekolah yang menunggu yang belum diselesaikan.Sepanjang 4 minggu berlalu ia amat memenatkan bagi yang berulang-alik dari kelantan ke IPG, dari Pahang ke IPG.Letih memikirkan perihal anak-anak isteri dan setengahnya memikirkan suami yang berjauhan.

Namun semua ini terpaksa kita lalui selagi kita punya azam untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam perguruan. Ilmu dan pengetahuan tiada nilai yang boleh dibayar, ia terhasil melalui kesungguhan dan ke azaman yang kuat. Sepanjang pengajian 2 semester yang berlalu, saya bersyukur kerana banyak pengetahuan yang dapat dikongsi bersama.Saya berazam mengapai impian cemerlang ilmu pengetahuan dan menggulung ijazah walaupun sudah agak terlewat.Hendak seribu daya kalau tidak mahu pasti seribu dalih mampu kita berikan.

Sunday, December 13, 2009

HARI KE-3 BPROGRAM BINA INSAN GURU

Pada hari ini 13.11.2009 (Ahad) kami kumpulan guru-guru PGSR IPGm KDRI Batu Rakit dibawa ke perkarangan stadium tertutup Gong Badak untuk menjalani aktiviti yang telah ditetapkan kepada kami. Saya dan kawan-kawan unit PGSR Agama ditetapkan memulakan aktiviti berkayak bersama unit PGSR matematik dan juga PGSR Sains.

Aktiviti mencabar kekuatan mental dan jasmani terutama bagi mereka yang tak pernah melakukannya.Tak kuring gusi melihat aksi-aksi lucu dan spontan yang terjadi kepada guru-guru yang terbabit

Selepas itu kumpulan kami diberikan pula akitvit yang dinamakan "WATER CONFIDENT". Saya dan rakan yang tak pernah mandi sungai amat merasa takut dan mendebarkan.Namun hasil tunjuk ajar pensyarah dan juga bantuan rakan-rakan seunit amat membantu kami yang tak mahir.Sehingga ada yang menjadi teruja untuk bermain air...tambahan dibadan kami terikat LIFE JACKET..kalau tak memang tak turun....takut ba!..
NAH TENGOK AKTIVITI KAMI DI BAWAH INI BA...........

Saturday, December 12, 2009

BINA INSAN GURU (BIG) IPGM KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Mulai 11.12.2009 Tepat jam 3 ptg taklimat Bina Insan guru dimulakan di dewan AL-FARABI oleh Urusetia program. Hari pertama hanya diisi dengan program LDK 1 jam 5.20 hingga 6.30 ptg. Manakala sebelah malam pula diikuti dengan program LDK2.

Pada hai ke-2, program jungle tracking dimulakan sewal jam 9.00 pagi.Yang mana para guru PGSR akan dibawa mendaki bukit LIngai dan mengharungi sungai Lingai.Bermacam-macam ragam berlaku sepanjang perjalanan program berlangsung yang agak mencuit hati dan tak terjangka dilakukan oleh guru-guru yang rata-rata berumur 40 tahun ke atas dan juga berumaur 36-40 tahun.

Berikut sedikit gambar SEPANJANG program tersebut

Tuesday, December 8, 2009

Maksud rasm dan dabti



 


 Kelebihan tulisan rasm uthman



 


 





 


 


MAKNA

 

NOTA ILMU PENGAJIAN AL-QURAN SK RENADAH PM3103:


Tafsir Al Fatihah.

Surah al Fatihah diturunkan di Mekah kepada Rasullulah saw.

Nama surah dan beberapa nama lain:

Surah al Fatihan di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. Ia juga dipanggil Umm al kitab (Ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Di dalam hadis sahih riwayat At Tirmizi:

“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh ayang yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil Al hamd dan As salah kerana rasullulah saw bersabda dalam satu hadis Qudsi:

As salah (al fatihah) di bahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Bila hambaKu membaca “Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” maka Aku akan membalas “Hamida ni ‘Abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al Fatihah dipanggil As Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga dipanggil As Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al Ruqyah (penyembuh) di mana di dalam hadis yang sahih, riqayat abu Sa’id seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang diracun. Rasullulah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini adalah penyembuh?

Kesimpulan:

Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al Fatihah
2. Ummul Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Wasab’ Mathani)
4. Al Hamd
5. As salah
6. As Syifa
7. Al Ruqyah


 
Jumlah ayat AL-fATIHAH

Ulama mengatakan bahawa al Faatihah mempunyai 25 ayat dan 113 huruf.

As Bab an Nuzul (sebab penurunan ayat)

Mengenai di mana ia diturunkan, ulama berbeza pendapat. Majoriti ulama (kecuali Mujahid) mengatakan ia diturunkan di Mekah dan Mujahid berpendapat ia diturunkan di Madinah. Menurut ulama, surah Fatihah ini antara yang paling awal diturunkan.

Ini berdasarkan hadis 'Amr ibn Shurahbil yang menyatakan: Rasullulah saw bila baginda keluar selalu mendengar suara “Wahai Muhammad” sehingga baginda melarikan diri. Kemudian Waraqah bin Nawfal menyatakan bahawa sekiranya dia mendengar suara tersebut, maka dengarlah dengan teliti.

Sehingga suatu hari, baginda mendengar suara tersebut dan baginda mendengar dengan teliti. Di bacakan oleh si pemanggil “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.” Kemudian ia berkata : “ al hamdullilah hirabbil alamain” sehingga penghujung surah.

Ayat pertama:

“Bismillah hirahman nirrahim”

Ulama berbeza pendapat sama ada tujuh ayat ini termasuk Bismillah ataupun tidak. Oleh kerana itu, maka ulama juga berbeza pendapat sewaktu solat sama ada bacaan bismillah ini wajib di jahar (dibaca dengan nyaring) atau sirr (dibaca secara senyap) ataupun tidak dibaca langsung.

Kupasan:

Surah al fatihah ini sebenarnya adalah satu surah yang mempunyai banyak kelebihan dan penjelasan secara menyeluruh mengenai akidah orang Islam. Ia mengandungi sepenuhnya penyerahan diri kepada Allah swt dan juga penjelasan siapa diri kita sebenarnya dan apa tujuan kita di ciptakan di muka bumi ini.

Surah ini penyembuh bukan sahaja kepada penyakit fizikal, tetapi juga penyakit diri dan ruh. Semoga dapat di manfaatkan



 

Friday, December 4, 2009

UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

Alhamdulillah kami selamat menjalani ujian akhir kursus bagi tiga subjek iaitu Literasi Bahasa, Hubungan Etnik dan Numerical Literacy. UJian agak mencabar minda dan kemampuan guru mengolah ayat. Soalan terbahagi kepada Objektif, struktur dan esei. Kecuali Numerical Literacy soalannya berbentuk struktur dan esei.

Ujian dijalankan pada 01 hingga 02 Disember 2009.Boleh dikatakan semua guru yang terlibat rata-rata berdebar kerana soalan yang bakal ditanya tidak diketahui bentuk dan skop ujian pula terlalu luas.Tapi semua selesai dengan sukahati kerana rata-rata dapat menjawab dengan baik dan berpuashati.Terutama Literasi bahasa kerana bahan-bahan seminar yang diadakan pada malam 29 november lalu banyak membantu calon menjawab dengan tepat.

Monday, November 30, 2009

SEMINAR LITERASI BAHASA PGSR IPGM KDRI

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah swt kerana memberikan kami kekuatan dan kesihatan yang baik untuk membolehkan kami menjayakan program Seminar Literasi Bahasa dengan jayanya.

Program seminar dan pameran ini merupakan salah satu aktiviti wajib yang terkandung dalam kurikulum Literasi Bahasa yang diwajibkan kepada setiap pelajar PGSR di IPG seluruh negara.Program ini telah dirancangkan sejak bulan sepetember yang lalu dan dimurnikan semula melalui mesyuarat AJk induk program.Program ini telah diadakan

Pada 29. november 2009
Tempat ; Dewan Al Farabi
Masa : 8.00 hingga 11.00 malam

Program ini telah diraskmikan oleh Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail iaitu Tn Hj Muhammad bin Ngah.Program ini melibatkan kerjasama 5 unit PGSR iaitu Unit Bahasa Melayu, Matematik.Sains,Muzik dan Pendidikan Islam.Seminar ini diadakan khusunya untuk menilai keupayaan guru dalam mengurus dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.Pada keseluruhannya seminar ini berjaya dengan cemerlang dan mendapat pujian dari semua pensyarah yang hadir dan mencapai matlamat penganjurannya.

Thursday, November 26, 2009

PGSR AMBILAN NOV 2009

Pada hari Isnin 23.11.2009. seramai 25 orang guru Bahasa Melayu melaporkan diri di IPGM KDRI Batu Rakit untuk menyertai program PGSR pada tahun ini. Entah kenapa pada tahun ini hanya 600 orang yang dipilih oleh BPG untuk menyertai program PGSR. Mungkin keadaan ekonomi yang masih belum pulih memaksa kerajaan menghadkan pengambilan pada tahun ini.

Apa yang penting program ini perlu diteruskan seperti yang dirancangkan meskipun pengambilannya agak terhad. Manakala di IPGM kota Bharu pula untuk pgsr aliran Pendidikan Islam.Kita tetap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana masih mampu meneruskan program nin walau dalam keadaan ekonomi yang belum stabil.

Saturday, November 21, 2009

KULIAH LITERASI BAHASA IPGM KDRI NOV 09

Pada hari ini 21/11/2009 jam 10.30 pagi Jabatan Literasi bahasa mengadakan interaksi bersama guru-guru PGSR secara serentak melibatkan 5 unit kursus yang berbeza. Tujuan perjumpaan ini bagi merancang satu slot penilaian kursus sebagaimana kurikulum yang telah ditetapkan.Program seminar dan pameran yang bakal diadakan pada 29.11.09 nanti. Setiap ditentukan tajuk untuk dibentangkan pada hari seminar dan pameran tersebut.

Pada hari ini pensyarah terlibat telah memilih dan menentukan tugasan yang perlu dilakukan bagi menjayakan program tersebut. Program ini termasuk dalam penilaian yang diberi markah khusus kepada setiap peserta kursus bagi tujuan pemarkahan peperiksaan UAK.

Di bawah ini dirakamkan suasana semasa taklimat program yang diadakan di gimnasium disebabkan dewan tidak digunakan kerana masalah teknikal.

Monday, November 16, 2009

KATA


 

1.Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.”
(HR Ibnu Majah)

2. Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman, ‘Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.’”
(Yunus bin ‘Ubaid)

3.Aku jamin rumah di dasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.”
(HR Abu Daud)

4.Aku menangis bukan karena takut mati atau karena kecintaanku kepada dunia. Akan tetapi, yang membuatku menangis adalah kesedihanku karena aku tidak bisa lagi berpuasa dan shalat malam.”
(’Amir bin ‘Abdi Qais)

5.Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim.”
(Yazid bin Maisaroh)

6.Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).”
(Fudhail bin ‘Iyadh)

7. Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan.”
(Sufyan ats-Tsauri)

8. Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina”
(Abu Sulaiman Ad Daroni)

Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI PGSR AGAMA: MENCIPTA BAHAN P&P

 
AKTIVITI PGSR AGAMA: MENCIPTA BAHAN P&P
UNTUK SUBJEK : LITERASI BAHASA
 
KUMPULAN 1: ASYIK NAMPAK K.UNIT DENGAN AHLINYA MENGUNTING DAN
MENAMPAL BAHAN.
 

 

GAMBAR: KUMPULAN MEGAT SEDANG MEMBUAT BAHAN MANAKALA RAKANNYA
US ROSLI SEDANG MENERANGKAN CARA-CARA MEMPERSEMBAHKAN BAHAN
KEPEDA US TARMIZI.
GAMABAR: KENAPA AGAKNYA USTAZAH KITA SAMPAI KETAWA TERBAHAK-BAHAK.
ADA PERKARA YANG MENCUIT HATI....APAP PUN MEMANG SERONOK BELAJAR
LITERASI BAHASA....

MULAKAN SETIAP AMALAN KITA DENGAN LAFAZ ...

MULAKAN SETIAP AMALAN KITA DENGAN LAFAZ MULIA
           "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM"
 
 SEMOGA AMALAN KITA AKAN DIBERKATI ALLAH.
TANPA LAFAZ MULIA INI KITA SEOLAH-OLAH TIDAK
INGIN DIBERKATI OLEH ALLAH.OLEH ITU KITA MULAKAN
DENGAN LAFAZ BISMILLAH AGAR ALLAH MERAHMATI
DAN MEMBERKATI KITA...INSYA ALLAH

INTERAKSI PGSR NOVEMBER 2009

Maklumat tentang Interakasi untuk Program PGSR Ambilan November 2008 bagi bulan November & Disember 2009 adalah seperti berikut:

Pendaftaran : 20.11. 2009 (Jumaat) jam 3.30 - 4.30 pm
Taklimat Pengurusan KULDP : 20.11.2009 jam 8-10.00 pm (Kehadiran Wajib)
Tarikh Kuliah : 21.11.2009(Sabtu) hingga 24 Disember 2009 (Khamis)
Jumlah Interaksi Keseluruhan : 5 Minggu

Tarikh Peperiksaan Untuk Semester 2 : UAK (1-2 Disember 2009)
: Peperiksaan Akhir (7-8 Disember 2009)
Tarikh Program Bina Insan Guru (BIG) : 11- 13 Disember 2009

Saturday, November 14, 2009

Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

 

Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik


 


Masyarakat


Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.


Etnik


Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.


Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.


Etnosentrisme


Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.


Ras dan Rasisme


Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.


Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.


Rasisme


Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi


Prejudis:


pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.


Stereotaip:


Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu bersifat kedekut.


Diskriminasi:


Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata


Budaya:


Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.


Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik


Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan,


adat istiadat, undang-undang


 Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.


 Perpaduan:


 satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.


 Integrasi:


satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik


 Segregasi:


emisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.


 Akomodasi:


Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.


 Akulturasi:


 satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.


 Asimilasi:


 satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.


 Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.


 Pluraliti:  Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.


 


Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.


 


 


 


 


 


Friday, November 13, 2009

KONSEP PERLEMBAGAAN

KONSEP PERLEMBAGAAN

 

MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN


              Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.


              Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN


              Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut.

              Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan.

              Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.


              Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

 


Thursday, November 12, 2009

TYPE OF CHART

BAR CHART
Bar chart or bar graph is a chart with rectangular bars with lengths proportional to the values that they represent. Bar charts are used for comparing two or more values that were taken over time or on different conditions, usually on small data sets. The bars can be horizontally lines or it can also be used to mass a point of view.
Example
The following table lists the number of seats allocated to each party group in European elections in 1999 and 2004. The results of 1999 have been multiplied by 1.16933, to compensate for the change in number of seats between those years.
This bar chart shows both the results of 2004, and those of 1999:


( KALAU NAK SECARA DETAIL KENA EMAIL LAH YA......uszie65@gmail.com)



LINE CHART
A line chart or line graph is a type of graph, which displays information as a series of data points connected by straight line segments. It is a basic type of chart common in many fields. It is an extension of a scatter graph, and is created by connecting a series of points that represent individual measurements with line segments. A line chart is often used to visualize a trend in data over intervals of time, thus the line is often drawn chronologically.
Example
In the experimental sciences, data collected from experiments are often visualized by a graph that includes an overlaid mathematical function depicting the best-fit trend of the scattered data. This layer is referred to as a best-fit layer and the graph containing this layer is often referred to as a line graph.
For example, if one were to collect data on the speed of a body at certain points in time, one could visualize the data by a data table such as the following:

The table "visualization" is a good way of displaying

PENDAFTARAN SESI AKHIR SEMESTER 2 2009

Untuk Makluman semua ahli PGSR Kampus Dato Razali Ismail Bt Rakit.
Sesi akan bermula pada
Tarikh : 20.11.2009
Masa : 8.00 malam Taklimat Pengarah
Kuliah : 21.11.2009.

Apa pun keje kursus kena siap geng.

Aal Disember ada UAK......kantoi la kita kalau tak ulangkaji.

Wednesday, November 11, 2009

HIKMAH AL=QURAN DITURUNKAN SECARA BERANSUR-ANSUR

HIKMAT AL-QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR

Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit supaya mudah dihafal, difahami dan dilaksanakan. Ia sebagai satu rahmat dan kurniaan yang sangat berkesan kepada hamba-hambaNya. Sekiranya al-Quran diturunkan sekaligus, sudah tentu ia akan menyusahi dan memberatkan, baik daripada segi hafalan, pemahaman dan pelaksanaannya dalam kehidupan. Al-Khudhari mengatakan tempoh al-Quran diturunkan ialah 22 tahun 22 bulan dan 22 hari, bermula daripada 17hb. Ramadhan tahun 41 kelahiran Rasulullah s.a.w. hinggalah 9hb. Zulhijjah, tahun ke 10 Hijrah. Dalam tempoh tersebut al-Quran dihafal oleh Rasulullah dan para sahabat serta dicatat oleh panitia penulis al-Quran kemudian dikumpulkan pada zaman Sayidina Abu Bakr r.a. dan disempurnakan pada masa Sayidina ‘Uthman r.a. Antara hikmat utama Allah SWT merencanakan penurunan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW ini secara beransur-ansur adalah seperti berikut :

• 1. Untuk menetapkan jiwa Rasulullah s.a.w. dan menguatkan hatinya. Ini kerana dengan turunnya Jibril a.s. membawa wahyu secara berulang-ulang daripada Allah SWT kepada Rasul-Nya dapat menguatkan jiwa Rasulullah s.a.w. Baginda dapat merasakan pertolongan serta inayat Ilahi tersebut. Tanggungjawab sebagai Nabi adalah berat dan Rasulullah sebagai seorang manusia yang sudah tentu akan menghadapi pelbagai cabaran getir dalam menyampaikan risalah bukan sahaja menghadapi tekanan, sekatan, cercaan, maki hamun malah ancaman nyawa daripada kaumnya sendiri Quraisy dan juga dari kalangan Yahudi dan orang munafik. Tentulah beliau memerlukan belaian wahyu sebagai penenang kepada semua itu.

• 2. Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka. Oleh itu mereka dapat mengikis akidah amalan dan adat yang bertentangan dengan Islam secara beransur-ansur. Oleh itu sedikit demi sedikit ianya dapat dihapuskan.

• 3. Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang baharu berlaku iaitu apabila timbul sesuatu masalah di kalangan mereka, turunlah al-Quran menentukan hukum yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, ayat mengenai persoalan roh dan seumpamanya.

• 4. Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

HIMPUNAN DOA DARI AL-QURAN

Doa-Doa Dari Ayat Suci Al-Qur’an

أدعية من القرآن الكريم
________________________________________

1- (رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) [البقرة/201]

" Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka (2/201) ".

2- (رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) [البقرة/250]

" Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir (2/250) "

3- (رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) [البقرة/286]
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (2/286) ".

4- (رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ) [آل عمران/8]

Mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya (3/8) ."

MUTIARA KATA ISLAM

1. Sesuatu yang baik, belum tentu benar,sesuatu yang benar,belum tentu baik.Sesuatu yang bagus belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga belum tentu berguna.

2.Semakin banyak anda berbicara tentang diri sendiri,semakin banyak pula kemungkinan untuk anda melakukan pembohongan.

3.Jika kejahatan dibalas kejahatan,maka ia adalah dendam.Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan itu adalah zalim Tetapi kejahatan dibalas kebaikan itulah amalan mulia lagi terpuji.

4.Semulia-mulia manusia adalah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedududkan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat( Khalifah Abd Malik B Marwan)

5.Rezeki yang tercatat itu adalah melalui kadar dan cara hidup kita.Tidak semestinya banyak tetapi sekadar mencukupi.Syukur itu adalah benteng dari yang haram.

6.Kebaikan bersedekah didunia itu ada 5 iaitu suci harta, bersih diri,jauh dari bala, menyenangkan hati dan rezki diberkati.

7.Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

AYAT MAKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Perbezaan ayat-ayat Makiyyah dengan ayat-ayat Madaniyyah ialah:

1. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya pendek-pendek sedang ayat-ayat Madaniyyah panjang-panjang; surat Madaniyyah yang merupakan 11/30 dari isi Al Qur’an ayat-ayatnya berjumlah 1,456, sedang ayat Makkiyyah yang merupakan 19/30 dari isi Al Qur’an jumlah ayat-ayatnya 4,780 ayat.

Juz 28 seluruhnya Madaniyyah kecuali ayat (60) Mumtahinah, ayat-ayatnya berjumlah 137; sedang juz 29 ialah Makkiyyah kecuali ayat (76) Addahr, ayat-ayatnya berjumlah 431. Surat Al Anfaal dan surat Asy Syu’araa masing-masing merupakan setengah juz tetapi yang pertama Madaniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedang yang kedua Makiyyah dengan ayatnya yang berjumlah 227.

2. Dalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat perkataan "Ya ayyuhalladzi na aamanu" dan sedikit sekali terdapat perkataan ‘Yaa ayyuhannaas’, sedang dalam ayat ayat Makiyyah adalah sebaliknya.

3. Ayat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandung hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat yang terdahulu yang mengandung pengajaran dan budi pekerti; sedang Madaniyyah mengandung hukum-hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketata negaraan, hukum perang, hukum internasional, hukum antara agama dan lain-lain.

LITERASI BAHASA( PEMULIHAN BACAAN)

Pemulihan Membaca.

Pengenalan

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk
penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.
Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran ini.

Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat
membaca:
a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca)
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan
berbahasa, kebolehan berbahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada.
b) Faktor yang ada pada bahan bacaan.
Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan
kata, panjang pendek ayat, kendungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan
organisasi bahan grafik.

Aktiviti Pemulihan Bacaan.
1. Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti:
•Bibir
•Gigi
•Gusi
•Lelangit keras
•Lelangit lembut
•Anak tekak
•Lidah
•Rongga tekak
•Rongga mulut

ADAB-ADAB DALAM PEMBACAAN AL-QURAN

ADAB DALAM MEMBACA AL-QURAN

WAJIB bagi kita menghalalkan apa yang dihalalkan al-Quran dan mengharamkan apa yang diharamkannya. Diwajibkan pula beradab dengannya dan berakhlak terhadapnya.Ketika membaca al-Quran, seorang Muslim perlu memperhatikan adab berikut untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dalam membacanya.

1- Membacanya dalam keadaan sempurna, suci daripada najis dan dengan duduk yang sopan dan tenang. Dianjurkan agar pembaca berada dalam keadaan suci.
Imam Haromain berkata: "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh akan tetapi dia meninggalkan sesuatu tama".

2- Membacanya dengan perlahan (tartil) dan tidak cepat agar dapat menghayati ayat yang dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Siapa saja yang membaca al-Quran (khatam) kurang dari tiga hari, bererti dia tidak memahami.”
(Hadis Riwayat: Ahmad dan penyusun Kitab Sunan)

Sebahagian kelompok daripada generasi pertama membenci pengkhataman al-Quran sehari semalam berdasarkan hadis di atas. Rasulullah memerintahkan Abdullah Ibnu Umar untuk mengkhatamkan al-Quran setiap satu minggu (tujuh hari) (Muttafaq Alaih). Ini dilakukan Abdullah bin Mas’ud, Uthman bin Affan, Zaid bin Tsabit. Mereka mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu.

3- Membaca al-Quran secara khusyuk dengan menangis kerana sentuhan pengaruh ayat yang dibaca yang menyentuh jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran dan menangislah, apabila kamu tidak menangis maka usahakan menangis kerana ayat yang engkau baca.” (Hadis Riwayat: Al-Bazzar)

Allah s.w.t juga menjelaskan sebahagian daripada sifat hamba-Nya yang soleh dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.” (Surah Al-Isra’: Ayat 109)

4- Membaguskan suara membacanya, sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Hiasilah al-Quran dengan suaramu.” (Hadis Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah & Al-Hakim). Dalam hadis lain dijelaskan: “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan al-Quran.” (Hadis Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim)

Maksud hadis di atas ialah membaca al-Quran dengan susunan bacaan yang jelas dan terang makhroj hurufnya, panjang pendeknya bacaan, tidak sampai keluar daripada ketentuan kaedah Tajwid.


5- Membaca al-Quran dimulai dengan isti’adzah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bila kamu akan membaca al-Quran, maka mintalah perlindungan kepada Allah daripada (godaan-godaan) syaitan yang terkutuk.” (Surah An-Nahl: Ayat 98)
Apabila ayat yang dibaca dimulai dari awal surah, selepas isti’adzah terus membaca Basmalah dan apabila tidak di awal surah cukup membaca isti’adzah. Khusus untuk surat At-Taubah, walaupun dibaca mulai awal surat tidak perlu membaca Basmalah. Cukup dengan membaca isti’adzah saja.

6- Membaca al-Quran dengan berusaha mengetahui ertinya dan memahami inti daripada ayat yang dibaca dengan beberapa kandungan ilmu yang ada di dalamnya. Firman Allah bermaksud: “Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad: Ayat 24)

ANTARA LAIN ADAB-ADAB MEMBACA AL-QURAN:

Di antara adab-adab membaca Al Quran, :
1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.
2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.
3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.
4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu’ dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.
5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

APA ITU KONTRAK SOSIAL?
Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.
Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yg berkaitan dgn masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang (perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Oleh itu, perbincangan kontrak sosial bagi penulisan ini akan ditumpukan kepada skop perlaksanaannya di Malaysia.
Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEDUDUKAN RAJA MELAYU
Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.


3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

4. BAHASA MELAYU
Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:
“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa-
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

ELEMEN-ELEMEN KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka. Di antaranya ialah:

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN KEDUDUKAN RAJA MELAYU
Disamping itu, Perkara 71 Perlembagaan Persekutun membuat peruntukan bagi menjamin hak seseorang raja untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu. Institusi kesultanan dilindungi oleh Perlembagaan dengan cara bahawa tiada pindaan[20] boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Malah tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

2. HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Perkara 153 (I): Perezaban quota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
(2) Walau apapun yang terkandung dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri-negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa trade atau perniagaan, dan perezapan permit dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.[24] Selain itu, kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.


3. KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI
Orang Melayu sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini ditakrifkan dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan iaitu sebagai seorang yang menganut agama Islam, yang lazim bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
Maka dengan ini, peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa “Islam adalah agama bagi persekutuan” membayangkan apa yang telah dipertahankan oleh orang Melayu sepanjang masa, malah sebelum kuasa British masuk ke Malaysia lagi. Semasa penjajahan British, mereka membawa masuk agama Kristian sementara kaum pendatang membawa masuk agama lain seperti Hindu dan Buddha. Oleh yang demikian, menjadikan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan mestilah juga memberikan pertimbangan kepada kepercayaan kaum lain.
Oleh itu, Perkara 3 memperuntukan satu fasal imbangan yang menyebut “tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan“. Malah setiap kumpulan agama juga mempunyai hak untuk:
a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b) Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
c) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang

4. BAHASA MELAYU
Bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati diri sesebuah negara. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa pertuturannya.
Isu bahasa merupakan salah satu perkara yang dibincangkan semasa perundingan perlembagaan dan proses pembentukannya. Namun isu ini dapat diselesaikan dengan permuafakatan antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan:
“Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan sebagai contoh, perlembaagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan menegmbangkan bahasa Cina dan Tamil atau bahasa-bahasa lain.Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju”
Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaaan Persekutuan yang menyebut:
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa-
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Hipotesis utama disebalik meluluskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai kaum ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa pengantar negara ini sejak dahulu lagi.

DALIL AL-QURN TURUN TUJUH AYAT

Dalil al-Qur’a>n Diturunkan dengan Tujuh Huruf
Ada beberapa dalil hadi>th yang menjelaskan bahwa al-Qur’a>n diturunkan dengan tujuh huruf. Antara lain :
 حدّثَنا عبدُ اللهِ بنُ يوسُفَ أخبرَنا مالكٌ عنِ ابنِ شِهابٍ عن عُروةَ بنِ الزّبَيرِ عن عبدِ الرحمنِ بنِ عبدٍ القاريّ أنهُ قال: سمعتُ عمرَ بنَ الخَطّابِ رضيَ اللهُ عنهُ يقول: «سمعتُ هشامَ بنَ حَكيمِ بنِ حِزامٍ يَقرأُ سورةَ الفُرقانِ على غيرِ ما أقرَؤها، وكان رسولُ الله صلى الله عليه وسلّم أقرَأَنيها، وكِدْتُ أن أعجَلَ عليه، ثمّ أمهلتُهُ حتّى انصَرَفَ، ثمّ لبّبْتُهُ بردائِه فجئتُ بهِ رسولَ الله صلى الله عليه وسلّم فقلتُ: إني سمعتُ هذا يقرأُ على غيرِ ما أقرَأْتَنيها. فقال لي: أرسِلْهُ. ثمّ قال لهُ: اقرَأْ. فقرأَ. قال: هكذا أُنزِلَتْ. ثمّ قال لي: اقرَأْ. فقرأتُ. فقال: هكذا أُنزِلَتْ، إنّ القرانَ أُنزِلَ على سبعةِ أحرُفٍ، فاقرَؤوا منهُ ما تَيسّرَ».
“Meriwayatkan yang lafazhnya dari Bukha>ri> bahwa; “Umar bin H{atta>b berkata: “Aku mendengar Hisha>m bin H{aki>m membaca surat al-Furqa>n di masa hidupya Rasulullah saw, aku mendengar bacaannya, tiba-tiba ia membacanya dengan beberapa huruf yang belum pernah Rasulullah saw membacakannya kepadaku sehingga aku hampir beranjak dari s{alat, kemudian aku menunggunya sampai salam. Setelah ia salam aku menarik sorbannya dan bertanya: “Siapa yang membacakan surat ini kepadamu?”. Ia menjawab: “Rasulullah saw yang membacakannya kepadaku”, aku menyela: “Dusta kau, Demi Allah sesungguhnya Rasulullah saw telah membacakan surat yang telah kudengar dari yang kau baca ini”.
Setelah itu aku pergi membawa dia menghadap Rasulullah saw lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah aku telah mendengar lelaki ini, ia membaca surat al-Furqa>n dengan beberapa huruf yang belum pernah engkau bacakan kepadaku, sedangkan engkau sendiri telah membacakan surat al-Furqa>n ini kepadaku”. Rasulullah saw menjawab: “Hai ‘Umar! lepaskan dia. “Bacalah Hisha>m!”. Kemudian ia membacakan bacaan yang tadi aku dengar ketika ia membacanya. Rasululllah saw bersabda: “Begitulah surat itu diturunkan” sambil menyambung sabdanya: “Bahwa al-Qur’an ini diturunkan atas tujuh huruf maka bacalah yang paling mudah!”.

WASIAT ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA

10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA
( Pejuang Ikhwanul Muslimin)

1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi
yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
memberikan kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga nasihat dan panduan yang DINYATAKAN ini berguna kepada kita
semua lebih-lebih lagi kepada diri kita dan juga bangsa kita,

PIE CHART

Pie chart
Pie chart of populations of English native speakers
A pie chart (or a circle graph) is a circular chart divided into sectors, illustrating relative magnitudes or frequencies. In a pie chart, the arc length of each sector (and consequently its central angle and area), is proportional to the quantity it represents. Together, the sectors create a full disk. It is named for its resemblance to a pie which has been sliced.
While the pie chart is perhaps the most ubiquitous statistical chart in the business world and the mass media, it is rarely used in scientific or technical publications.[1] It is one of the most widely criticized charts,[2] and many statisticians recommend to avoid its use altogether[3][4], pointing out in particular that it is difficult to compare different sections of a given pie chart, or to compare data across different pie charts. Pie charts can be an effective way of displaying information in some cases, in particular if the intent is to compare the size of a slice with the whole pie, rather than comparing the slices among them.[5] Pie charts work particularly well when the slices represent 25 or 50% of the data,[6] but in general, other plots such as the bar chart or the dot plot, or non-graphical methods such as tables, may be more adapted for representing information

KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP PERLEMBAGAAN
PENDAHULUAN:

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam kerangka pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

KONSEP PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut.
Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen memperolehi kuasanya daripada perlembagaan.
Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga tertakluk kepada kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.

TUJUH IMAM QIRAAT DALAM PENGAJIAN AL-QURAN

Dalam ilmu Qiraat terdapat sepuluh imam Al-Qurra' yang terkenal dan setiap imam ada 2 perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Huraiannya seperti berikut:

1.Imam Nafi' Al-Madani

Nama sebenar beliau ialah Nafi' bin Abdul Rahman bin Abi Na'im Al-Laithi. Beliau digelar Abu Ruaim. Dilahirkan pada tahun 70 Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 169 Hijrah.

Dua perawinya :

* Qalun : Beliau ialah Abu Musa Isa bin Mina bin Wardan bin Isa bin Abdul Samad. Dilahirkian pada tahun 120 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.
* Warsy : Beliau ialah Abu Sa'id Othman bin Sa'id bin Abdullah Al-Qibti Al-Masri. Dilahirkan pada tahun 110 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.

2. Imam Ibnu Kathir Al-Makki

Nama sebenar beliau ialah Abu Sa'id Abdullah bin Kathir bin 'Amru bin Abdullah bin Zazan bin Fairuz bin Hirmuz Al-Dari. Dilahirkan pada tahun 45 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 Hijrah.

Dua perawinya :

* Al-Bazzi : Beliau ialah Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Qasim bin Nafi' bin Abi Bazzah al-Makki. Dilahirkan pada tahun 170 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 250 Hijrah.
* Qunbul : Beliau ialah Abu 'Amru Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa'id al-Makhzumi. Dilahirkan pada tahun 195 Hijrah dan meninggal pada tahun 291 Hijrah.




3. Imam Abu 'Amru al-Bashri

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Amru Ziban bin al-'Ala' bin 'Ammar bin al-'Iryan bin Abdullah bin al-Husain al-Mazani. Dilahirkan pada tahun 68 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 154 Hijrah.

Dua perawinya:

* Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Omar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.
* Al-Susi : Beliau ialah Abu Syu'aib Shalih bin Ziad bin Abdullah bin Ismail bin Al-Jarud. Meninggal dunia pada tahun 261 Hijrah.

4. Imam Abu 'Aamir al-Dimasyqi

Nama sebenar beliau ialah Abu "Imran Abdullah bin 'Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi'ah al-Yahshabi. Dilahirkan pada tahun 8 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 118 Hijrah.

Dua perawinya :

* Hisyam : Beliau ialah Abu al-Walid Hisyam bin 'Ammar bin Nasir bin Maisarah al-Salma. Dilahirkan pada tahun 153 Hijrah dan meninggal pada tahun 245 Hijrah.
* Ibnu Dzakuan : Beliau ialah Abu 'Amru Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Dzakuan. Dilahirkan pada tahun 173 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 242 Hijrah.

5. Imam 'Aashim Al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar 'Aashim bin Abdullah (Abi al-Najud) bin Bahdalah al-Asadi. Meninggal dunia pada tahun 127 Hijrah.

Dua perawinya :

* Syu'bah : Beliau ialah Abu Bakar Syu'bah bin 'iyasy bin Salim. Dilahirkan pada tahun 95 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 193 Hijrah.
* Hafsh : Beliau ialah Abu Umar Hafsh bin Sulaiman bin Al-Mughirah bin Abi Daud al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 90 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 Hijrah.



6.Imam Hamzah al-Kufi

Nama sebenar beliau ialah Abu 'Lmarah Hamzah bin Habib bin 'Lmarah bin Ismail al-Zaiyat. Dilahirkan pada tahun 80 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah.

Dua perawinya :

* Khalaf : Beliau ialah Abu Muhammad Khalaf bin Hisham bin Talib al-Bazzar. Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah.
* Khallad : Beliau ialah Abu Isa Khallad bin Khalid al-Syaibani al-Kufi. Meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

7. Imam al-Kisaie al-Kufi

Nama sebenar beliau Abu al-Hasan Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman al-Nahwi. Dilahirkan pada tahun 119 HIjrah dan meninggal dunia pada tahun 189 Hijrah.

Dua perawinya :

* Abu al-Harith : Beliau ialah Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 240 HIjrah.
* Al-Duri : Beliau ialah Abu 'Amru Hafsh bin Umar bin Abdul Aziz al-Nahwi al-Baghdadi. Meninggal dunia pada tahun 246 Hijrah.
Rujukan : http://tolqizone.blogspot.com/2008/imam qiraat tujuh/html...

SEJARAH RINGKAS PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.


1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.
1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEPENTINGAN PEMLEMBAGAAN:

a)Mengikat rakyat dan kerajaan (untuk patuh dan hidup dalam kesejahteraan dan rakyat hidup aman dan damai)
b)Mengatur sistem pemerintahan dan pentadbiran
c)Menetapkan hak-hak asasi dan tanggungjawab rakyat Malaysia
d)Menjadi kuasa terpenting dalam penggubalan undang-undang
e)Menjaga hak dan kepentingan penduduk Malaysia
f)Menjelaskan bidang kuasa kehakiman, perundangan, kuasa negeri dan kuasa persekutuan

LAGU BUAT AYAH