Wednesday, November 11, 2009

SEJARAH RINGKAS PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.
Kronologi sejarah ringkas penggubalan adalah seperti berikut:
1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.


1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP, MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan.

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.
1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963

10 comments:

  1. as salam. minta izin buat rujukan untuk assignment. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. minta erk..tuk asymen WAJ3106... thnx....

    ReplyDelete
  3. salam.minta kebenaran utk jd rujukan asgmnt.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, saya minta izin pihak tuan untuk jadikan entry ini sebagai rujukan assignment saya, terima kasih.

    ReplyDelete
  5. slm....sy jge nk mntk izin utk wt rujukan paper work sy....tq

    ReplyDelete
  6. slm, minta kebenaran utk jd bahan rujukan esaimen..terima kasih..

    ReplyDelete
  7. saya minta izin untuk jadikan bahan kerja kursus..
    thanks

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum . saya minta izin untuk jdkan rujukan utk assgnment. tq :)

    ReplyDelete
  9. salam..minta izin untuk jadikan rujukan for assignment. thank you:)

    ReplyDelete