Friday, December 4, 2009

UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

Alhamdulillah kami selamat menjalani ujian akhir kursus bagi tiga subjek iaitu Literasi Bahasa, Hubungan Etnik dan Numerical Literacy. UJian agak mencabar minda dan kemampuan guru mengolah ayat. Soalan terbahagi kepada Objektif, struktur dan esei. Kecuali Numerical Literacy soalannya berbentuk struktur dan esei.

Ujian dijalankan pada 01 hingga 02 Disember 2009.Boleh dikatakan semua guru yang terlibat rata-rata berdebar kerana soalan yang bakal ditanya tidak diketahui bentuk dan skop ujian pula terlalu luas.Tapi semua selesai dengan sukahati kerana rata-rata dapat menjawab dengan baik dan berpuashati.Terutama Literasi bahasa kerana bahan-bahan seminar yang diadakan pada malam 29 november lalu banyak membantu calon menjawab dengan tepat.

No comments:

Post a Comment