Friday, December 18, 2009

MINGGU TERAKHIR INTERAKSI PGSR DIS 09

Semua ahli pgsr nampaknya semakin keletihan, letih memikirkan tugasan yga dibawa balik yang perlu disiapkan sebelum 25.03.09. Letih memikirkan kerja-kerja sekolah yang menunggu yang belum diselesaikan.Sepanjang 4 minggu berlalu ia amat memenatkan bagi yang berulang-alik dari kelantan ke IPG, dari Pahang ke IPG.Letih memikirkan perihal anak-anak isteri dan setengahnya memikirkan suami yang berjauhan.

Namun semua ini terpaksa kita lalui selagi kita punya azam untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam perguruan. Ilmu dan pengetahuan tiada nilai yang boleh dibayar, ia terhasil melalui kesungguhan dan ke azaman yang kuat. Sepanjang pengajian 2 semester yang berlalu, saya bersyukur kerana banyak pengetahuan yang dapat dikongsi bersama.Saya berazam mengapai impian cemerlang ilmu pengetahuan dan menggulung ijazah walaupun sudah agak terlewat.Hendak seribu daya kalau tidak mahu pasti seribu dalih mampu kita berikan.

No comments:

Post a Comment