Tuesday, December 8, 2009

MAKNA

 

NOTA ILMU PENGAJIAN AL-QURAN SK RENADAH PM3103:


Tafsir Al Fatihah.

Surah al Fatihah diturunkan di Mekah kepada Rasullulah saw.

Nama surah dan beberapa nama lain:

Surah al Fatihan di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. Ia juga dipanggil Umm al kitab (Ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Di dalam hadis sahih riwayat At Tirmizi:

“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh ayang yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil Al hamd dan As salah kerana rasullulah saw bersabda dalam satu hadis Qudsi:

As salah (al fatihah) di bahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Bila hambaKu membaca “Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” maka Aku akan membalas “Hamida ni ‘Abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al Fatihah dipanggil As Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga dipanggil As Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al Ruqyah (penyembuh) di mana di dalam hadis yang sahih, riqayat abu Sa’id seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang diracun. Rasullulah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini adalah penyembuh?

Kesimpulan:

Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al Fatihah
2. Ummul Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Wasab’ Mathani)
4. Al Hamd
5. As salah
6. As Syifa
7. Al Ruqyah


 
Jumlah ayat AL-fATIHAH

Ulama mengatakan bahawa al Faatihah mempunyai 25 ayat dan 113 huruf.

As Bab an Nuzul (sebab penurunan ayat)

Mengenai di mana ia diturunkan, ulama berbeza pendapat. Majoriti ulama (kecuali Mujahid) mengatakan ia diturunkan di Mekah dan Mujahid berpendapat ia diturunkan di Madinah. Menurut ulama, surah Fatihah ini antara yang paling awal diturunkan.

Ini berdasarkan hadis 'Amr ibn Shurahbil yang menyatakan: Rasullulah saw bila baginda keluar selalu mendengar suara “Wahai Muhammad” sehingga baginda melarikan diri. Kemudian Waraqah bin Nawfal menyatakan bahawa sekiranya dia mendengar suara tersebut, maka dengarlah dengan teliti.

Sehingga suatu hari, baginda mendengar suara tersebut dan baginda mendengar dengan teliti. Di bacakan oleh si pemanggil “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.” Kemudian ia berkata : “ al hamdullilah hirabbil alamain” sehingga penghujung surah.

Ayat pertama:

“Bismillah hirahman nirrahim”

Ulama berbeza pendapat sama ada tujuh ayat ini termasuk Bismillah ataupun tidak. Oleh kerana itu, maka ulama juga berbeza pendapat sewaktu solat sama ada bacaan bismillah ini wajib di jahar (dibaca dengan nyaring) atau sirr (dibaca secara senyap) ataupun tidak dibaca langsung.

Kupasan:

Surah al fatihah ini sebenarnya adalah satu surah yang mempunyai banyak kelebihan dan penjelasan secara menyeluruh mengenai akidah orang Islam. Ia mengandungi sepenuhnya penyerahan diri kepada Allah swt dan juga penjelasan siapa diri kita sebenarnya dan apa tujuan kita di ciptakan di muka bumi ini.

Surah ini penyembuh bukan sahaja kepada penyakit fizikal, tetapi juga penyakit diri dan ruh. Semoga dapat di manfaatkan



 

No comments:

Post a Comment