Friday, December 18, 2009

RAGAM PGR PAI 2009 DLM KULIAH

PGSr tahun baru

PGSDSCN2276.JPG

SELAMAT MENYAMBUT  TAHUN BARU HIJRAH 1431H

DARI KAMI AHLI  PGSR

IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

KUALA TERENGGANU

Semoga tahun ini lebih diberkati allah swt


MINGGU TERAKHIR INTERAKSI PGSR DIS 09

Semua ahli pgsr nampaknya semakin keletihan, letih memikirkan tugasan yga dibawa balik yang perlu disiapkan sebelum 25.03.09. Letih memikirkan kerja-kerja sekolah yang menunggu yang belum diselesaikan.Sepanjang 4 minggu berlalu ia amat memenatkan bagi yang berulang-alik dari kelantan ke IPG, dari Pahang ke IPG.Letih memikirkan perihal anak-anak isteri dan setengahnya memikirkan suami yang berjauhan.

Namun semua ini terpaksa kita lalui selagi kita punya azam untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu dalam perguruan. Ilmu dan pengetahuan tiada nilai yang boleh dibayar, ia terhasil melalui kesungguhan dan ke azaman yang kuat. Sepanjang pengajian 2 semester yang berlalu, saya bersyukur kerana banyak pengetahuan yang dapat dikongsi bersama.Saya berazam mengapai impian cemerlang ilmu pengetahuan dan menggulung ijazah walaupun sudah agak terlewat.Hendak seribu daya kalau tidak mahu pasti seribu dalih mampu kita berikan.

Sunday, December 13, 2009

HARI KE-3 BPROGRAM BINA INSAN GURU

Pada hari ini 13.11.2009 (Ahad) kami kumpulan guru-guru PGSR IPGm KDRI Batu Rakit dibawa ke perkarangan stadium tertutup Gong Badak untuk menjalani aktiviti yang telah ditetapkan kepada kami. Saya dan kawan-kawan unit PGSR Agama ditetapkan memulakan aktiviti berkayak bersama unit PGSR matematik dan juga PGSR Sains.

Aktiviti mencabar kekuatan mental dan jasmani terutama bagi mereka yang tak pernah melakukannya.Tak kuring gusi melihat aksi-aksi lucu dan spontan yang terjadi kepada guru-guru yang terbabit

Selepas itu kumpulan kami diberikan pula akitvit yang dinamakan "WATER CONFIDENT". Saya dan rakan yang tak pernah mandi sungai amat merasa takut dan mendebarkan.Namun hasil tunjuk ajar pensyarah dan juga bantuan rakan-rakan seunit amat membantu kami yang tak mahir.Sehingga ada yang menjadi teruja untuk bermain air...tambahan dibadan kami terikat LIFE JACKET..kalau tak memang tak turun....takut ba!..
NAH TENGOK AKTIVITI KAMI DI BAWAH INI BA...........

Saturday, December 12, 2009

BINA INSAN GURU (BIG) IPGM KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

Mulai 11.12.2009 Tepat jam 3 ptg taklimat Bina Insan guru dimulakan di dewan AL-FARABI oleh Urusetia program. Hari pertama hanya diisi dengan program LDK 1 jam 5.20 hingga 6.30 ptg. Manakala sebelah malam pula diikuti dengan program LDK2.

Pada hai ke-2, program jungle tracking dimulakan sewal jam 9.00 pagi.Yang mana para guru PGSR akan dibawa mendaki bukit LIngai dan mengharungi sungai Lingai.Bermacam-macam ragam berlaku sepanjang perjalanan program berlangsung yang agak mencuit hati dan tak terjangka dilakukan oleh guru-guru yang rata-rata berumur 40 tahun ke atas dan juga berumaur 36-40 tahun.

Berikut sedikit gambar SEPANJANG program tersebut

Tuesday, December 8, 2009

Maksud rasm dan dabti



 


 Kelebihan tulisan rasm uthman



 


 





 


 


MAKNA

 

NOTA ILMU PENGAJIAN AL-QURAN SK RENADAH PM3103:


Tafsir Al Fatihah.

Surah al Fatihah diturunkan di Mekah kepada Rasullulah saw.

Nama surah dan beberapa nama lain:

Surah al Fatihan di namakan sedemikian membawa maksud “pembuka segala surah”. Ia juga dipanggil Umm al kitab (Ibu segala kitab) menurut jumhur ulama.

Di dalam hadis sahih riwayat At Tirmizi:

“ Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” adalah ibu Al Quran dan ibu Kitab, dan ia adalah tujuh ayang yang di ulang-ulang di dalam Al Quran.

Ia juga di panggil Al hamd dan As salah kerana rasullulah saw bersabda dalam satu hadis Qudsi:

As salah (al fatihah) di bahagi kepada dua di antara Aku dan hambaKu. Bila hambaKu membaca “Alhamdulllah hi rab bil ‘alamin” maka Aku akan membalas “Hamida ni ‘Abdi” (HambaKu telah memujiku)

Al Fatihah dipanggil As Salah kerana syarat sah solat ialah dengan membacanya. Ia juga dipanggil As Syifa’ yang membawa maksud pengubat.

Ia juga dipanggil al Ruqyah (penyembuh) di mana di dalam hadis yang sahih, riqayat abu Sa’id seorang sahabat menggunakan Surah ini sebagai penawar kepada ketua kaum yang diracun. Rasullulah saw bertanya kepadanya: Bagaimana kamu tahu bahawa surah ini adalah penyembuh?

Kesimpulan:

Nama-nama Surah Al-Fatihah:

1. Al Fatihah
2. Ummul Kitab
3. Tujuh ayat yang diulang-ulang (Wasab’ Mathani)
4. Al Hamd
5. As salah
6. As Syifa
7. Al Ruqyah


 
Jumlah ayat AL-fATIHAH

Ulama mengatakan bahawa al Faatihah mempunyai 25 ayat dan 113 huruf.

As Bab an Nuzul (sebab penurunan ayat)

Mengenai di mana ia diturunkan, ulama berbeza pendapat. Majoriti ulama (kecuali Mujahid) mengatakan ia diturunkan di Mekah dan Mujahid berpendapat ia diturunkan di Madinah. Menurut ulama, surah Fatihah ini antara yang paling awal diturunkan.

Ini berdasarkan hadis 'Amr ibn Shurahbil yang menyatakan: Rasullulah saw bila baginda keluar selalu mendengar suara “Wahai Muhammad” sehingga baginda melarikan diri. Kemudian Waraqah bin Nawfal menyatakan bahawa sekiranya dia mendengar suara tersebut, maka dengarlah dengan teliti.

Sehingga suatu hari, baginda mendengar suara tersebut dan baginda mendengar dengan teliti. Di bacakan oleh si pemanggil “ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah.” Kemudian ia berkata : “ al hamdullilah hirabbil alamain” sehingga penghujung surah.

Ayat pertama:

“Bismillah hirahman nirrahim”

Ulama berbeza pendapat sama ada tujuh ayat ini termasuk Bismillah ataupun tidak. Oleh kerana itu, maka ulama juga berbeza pendapat sewaktu solat sama ada bacaan bismillah ini wajib di jahar (dibaca dengan nyaring) atau sirr (dibaca secara senyap) ataupun tidak dibaca langsung.

Kupasan:

Surah al fatihah ini sebenarnya adalah satu surah yang mempunyai banyak kelebihan dan penjelasan secara menyeluruh mengenai akidah orang Islam. Ia mengandungi sepenuhnya penyerahan diri kepada Allah swt dan juga penjelasan siapa diri kita sebenarnya dan apa tujuan kita di ciptakan di muka bumi ini.

Surah ini penyembuh bukan sahaja kepada penyakit fizikal, tetapi juga penyakit diri dan ruh. Semoga dapat di manfaatkan



 

Friday, December 4, 2009

UJIAN AKHIR KURSUS (UAK)

Alhamdulillah kami selamat menjalani ujian akhir kursus bagi tiga subjek iaitu Literasi Bahasa, Hubungan Etnik dan Numerical Literacy. UJian agak mencabar minda dan kemampuan guru mengolah ayat. Soalan terbahagi kepada Objektif, struktur dan esei. Kecuali Numerical Literacy soalannya berbentuk struktur dan esei.

Ujian dijalankan pada 01 hingga 02 Disember 2009.Boleh dikatakan semua guru yang terlibat rata-rata berdebar kerana soalan yang bakal ditanya tidak diketahui bentuk dan skop ujian pula terlalu luas.Tapi semua selesai dengan sukahati kerana rata-rata dapat menjawab dengan baik dan berpuashati.Terutama Literasi bahasa kerana bahan-bahan seminar yang diadakan pada malam 29 november lalu banyak membantu calon menjawab dengan tepat.