10 WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA
( Pejuang Ikhwanul Muslimin)
1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta
walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-
majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab
yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan
Allah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki
oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi
yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang
memberikan kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada
kita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.
Semoga nasihat dan panduan yang DINYATAKAN ini berguna kepada kita
semua lebih-lebih lagi kepada diri kita dan juga bangsa kita,
No comments:
Post a Comment