Saturday, November 14, 2009

Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik

 

Konsep-Konsep Asas dalam Hubungan Etnik


 


Masyarakat


Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.


Etnik


Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi antara sesama manusia. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.


Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.


Etnosentrisme


Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.


Ras dan Rasisme


Ras dan Etnik kerap kali dicampuradukkan sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.


Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.


Rasisme


Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi


Prejudis:


pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.


Stereotaip:


Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu etnik. Orang Belanda itu bersifat kedekut.


Diskriminasi:


Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota lain. Ia merupakan perbuatan membanding bezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata


Budaya:


Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.


Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik


Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan,


adat istiadat, undang-undang


 Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup.


 Perpaduan:


 satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.


 Integrasi:


satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik


 Segregasi:


emisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.


 Akomodasi:


Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.


 Akulturasi:


 satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.


 Asimilasi:


 satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.


 Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur.


 Pluraliti:  Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.


 


Rujukan: Shamsul Amri Baharuddin. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti Teknologi MARA, 2007.


 


 


 


 


 


No comments:

Post a Comment