Thursday, November 26, 2009

PGSR AMBILAN NOV 2009

Pada hari Isnin 23.11.2009. seramai 25 orang guru Bahasa Melayu melaporkan diri di IPGM KDRI Batu Rakit untuk menyertai program PGSR pada tahun ini. Entah kenapa pada tahun ini hanya 600 orang yang dipilih oleh BPG untuk menyertai program PGSR. Mungkin keadaan ekonomi yang masih belum pulih memaksa kerajaan menghadkan pengambilan pada tahun ini.

Apa yang penting program ini perlu diteruskan seperti yang dirancangkan meskipun pengambilannya agak terhad. Manakala di IPGM kota Bharu pula untuk pgsr aliran Pendidikan Islam.Kita tetap mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana masih mampu meneruskan program nin walau dalam keadaan ekonomi yang belum stabil.

No comments:

Post a Comment