Monday, March 7, 2011

KEMUKJIZATAN AL-QURAN

HASIL TULISAN DR ROSMAWATI ALI
BUKUNYA ; pENGANTAR ULUM AL-QURAN.

MUKJIZAT AL-QUR'AN DAN TUJUANNYA

Al-Qur'an rriernpunyai berbagai rnukjizat. Antara mukjizat al-Qur'an ialah sentiasa dijamin oleh Allah daripada ditokok tambah atau dikurangkan kandungan di dalamriya untuk dijadikan pedornan clan panduan umat manusia hingga han Akhirat. Sebagaimana firman Allah:



Terjemahan: Sesungguhnya Kami/ab yang menurunkan ayat al-Qur'an dan Kamilab yang memeithara dan menjaganya.
Surah al-Hijr ayat 9)

Mukjizat al-Qur'an secara lebih khusus dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian berikut:
a. Mukjizat dari sêgi bahasa
b.. Mukjizat dari segi isi kandungan
c, Mukjizat dari segi ilmu

Mukjizat dari sêgi bahasa
Al-Qur'an diturunkan pada masa bangsa Arab berada pada kemuncak dan kegemilangan serta kemajuan bahasa, balk dengan kemunculan sasterawan, pemidatojuga periyairdan pujangga. Penurunan al-Qur'an rnengkagumkan clan mempesonakan mereka dengan keindahan gaya bahasa serta susunan lafaz al-Qur'an. Contohnya Abu al-Walid, salah seorang sasterwan Arab yang terkenal, tertarik clan terpesona apabila mendengar Nabi membaca al-Qur'an dengan katanya: Aku tidak pernah mendengar kata-kata yang seindah ml sebelum ini, ia bukan syair, bukan ucapan ahli sihir bukan ucapan ahli sastera dan bukan ucapan manusia.
Allah menurunkan al-Qur'an sebagal mukjizat terbesar Nabi Muhammad yang Jengkap dengan sastera, kerana masyarakat Arab waktu itu pakar dalam bidang puisi, prosa serta kesusasteraan. Penurunan al-Qur'an mengkagumkan mereka clan sekaligus melemahkan mereka clan semua ahli bijak pandai dalam lapangan sastera di kalangan mereka.
Bahasa al-Qur'an amat indah, padat clan tidak dapat ditandingi oleh pakar bahasa daripada semua peririgkat clan zaman. Bahasa al-Qur'an adalah jelas, tepat clan menyeluruh. Antara lain mukjizat al-Qur'an daripada segi bahasa ialah melalui keindahan susunannya, gaya bahasanya dari segi fasahah dan Balaghah.
Kelebihan al-Qur'an nelalul ketinggian gaya bahasanya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa, dibawa oleh Nabi Muhammad yang bersifat Ummi. Hal tersebut untuk membuktkan clan mengukuhkan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pesuruh Allah. Al-Qur'an adalah kalam Allah dan bukan ciptaan atau ucapan Nabi Muhammad s.a.w.




Muk/izat Dari Segi Is! Kandungan:
Al-Qur'an mengandungi 114 surah yang dimulai dengan Surah al-Fatihah clan diakhiri dengan Surah al-Nas. Antara lain di dalam al-Qur'an mengandungi sejumlah Iebih 6000 ayat. Di antara mukjizat dari segi isi kandungan ialah:
i)- AI-Qur'an mengandungi peristiwa clan kisah yang telah berlaku di zaman lampau dan zaman sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Peristiwa tersebut benar-benar berlaku clan bukan metos atau dongeng. Contohny
ialah: Kisah tentang Ashab at-Khafi, iaitu tentang pemuda-pemuda beriman yang lari daripada Raja Dakyanus dan tenteranya untuk menyelamatkan iman mereka serta bersembunyi di dalam sebuah gua. Mereka telah ditidurkan oleh Allah di situ selama 300 tahun mengikUt perkiraan matahart atau Masehi clan selama 309tahun mengikutperkiraan bulan atau Hijrah. Mereka dibangkitkan semula daripada tidur da]am keadaan seperti asalnya. Bukti peristiwa tersebut berlaku termaktub di dalam al-Quran sebagairnana firman Allah:



Terjemahan: Dan mereka telahtinggalt!durdalamgua mereka: tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lag! (den gan kiraan kamu).).
(Surah al-Kahf! ayat 25)

ii) Isi kandungan al-Qur'an mempunyai hubung kait antara satu ayat atau surah dengan yang lain clan di sana tidak ada sebarang percanggahan sedikit pun, sama ada clan aspek berita, pengajaran clan apa sahaja yang terkandung dalamnya. Sebagaimana fi rman Allah S.W.T.:



-
Terjemahan: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidakmahu memikirkan 1sf aIQur'an? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan darisisiAllah, nescaya mereka akan dapatiperselisihan yang banyak di dalamnya.
Surah alNisa' ayat 82)

iii., Dalam al-Qur'an juga ada menceritakan peristiwa clan perkara yang akan berlaku di mana peristiwa yang dinyatakan itu memang akan berlaku. Sebagaimana berita yang terdapat dalam Surah al-Rum, di mana al-Qur'an menceritakan bangsa Rom akan dikalahkan oleh bangsa Parsi, namun rnereka akan menang semula dalam beberapa tahun kemudiannya. Sebagaimana firman Allah S.W.T.:




Terjeniahan: Orang-orang Rum telah dika/ahkan. Di negeri yang dekatsekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan menga/ahkan lawannya. Dalam masa tidak sampal sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualab terpulang sega/a urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira.
(Surah al-Rum ayat 2-4)
iv. Dalam al-Qur'an juga rnenceritakan tentang sejarah clan pengalaman Nabi dahulu sebagai panduan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Yusuf.





Terjemahan: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seinda h-in dah kisah dengan jalan Kami wahikan kepadamu al-Qur'an mi, pada halsebenarnya engkau sebolum datang-nya wahiltu, adalah dan orang-orang yang tidakpernah menyodari akan halnya.
Surah Yusuf ayat 3)
v. Di segi isi kandungan, al-Qur'an merupakan mukjizat yang lengkap dan sempurna clan tidak dapat ditandingi oteh sesiapa pun. Antara lain mukjizat al-Qur'an di segi isinya juga meliputi berita alam ghaib. Mengenal cerita alam ghaib ialah perkara yang tidak dapat difikir oleh akal seperti azab clan kenikmatan dalam kubur, rnalaikat, syurga, neraka clan sebagainya.

vi. Mukjizat disegi isi kandurigan al-Qur'an juga ialah menyelesaikan masalah yang dihadapi serta membongkar sifat-sifat keji clan pendustaan orang-orang munafik pada zaman Nabi clan pembohongan berita yang mereka bawa. Contohnya kepalsuan berita yang disebarkan oleh mereka dengan memfitnah Aisyah,isteri Nabi melakukan zina dengan sahabat yang bernama Safuan bin Mu'attal. Sebagaimana firman Allah:





Terje mahan: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhfrat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedangkamu tidakmengetahui (yang demikian).
Surah al-Nur ayat 19)

vii. Selain itu, isi kandungannya tidak bertentangan antara hakikat dan realiti. Isi kandungan al-Qur'an juga mencakupi serta meliputi segala bidang ilmu pengetahuan, baik ilmu keduniaan clan Akhirat clan i
bersesuaian dengan tempat, masa clan keadaan. D samping itu juga sebagal khazanah ilmu pengetahuan yang tepat clan betuL Contohnya, ahli sains clan falak sebelum Islam khususnya Aristotle mengatakan rnatahari sentiasatetap clan tidak beredar, planet-planet lain yang bergerak clan beredar mengelilnginya. Pendapat clan kajian itu adalah tidak benar. Al-Qur'an telah menjelaskan rnatahari juga beredar clan tidak tetap. Sebagaimana firman Allah S.W.T.



Terjemahan: Dan (sebahagian da ri dalil yang tersebut ialah) matahari; Ia keithatan beredar Ice tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Yasin ayat 38)

Mukjizat Dari Segi ilmu:
AI-Qur'an merigandungi serta meliputi semua bidang ilmu pengetahuan, antaranya:
i. Ilmu ibadat, seperti sembahyang, puasa, zakat serta haji.
ii. Ilmu tentang aqidah clan menyeru semua manusia supaya mentauhidkan Allah clan mengabdikan din kepada-Nya semata-mata.
iii. Pengetahuan tentang muamalat clan perhubungan dengan manusia lain, contohnya tentang gadaian, hutang-piutang clan jual beli.
iv. Di dalam bidang ekonomi Islam sentiasa rnenggalakkan umatnya mencari kebahagiaan untuk bekalan di Han Akhfrat, di samping tidak mengabaikan urusan keduniaan clan mencari harta.
v. Dalam al-Qur'an mengandungi ilmu Balaghah, Nahu, Sastera clan Iainnya, sejarah, politik, pentadbiran dan semua lapangan ilmu yang tidak terhitung.
Sebagai rumusannya, al-Qur'an merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad. Justeru itu iajuga bertujuan untuk melemahkari musuhnya clan sesiapa sahaja yang cuba meragui kebenarannya. Allah S.W.T. mencabar sesiapa yang dapat membuat sama seperti al-Qur'an hanya satu
surah sahaja, kiranya dakwaan mereka itu benar, sebagaimana firman Allah S.W.T.:





Terjemahan: Dan kalau kamu ada menaruh syak tontang apa yang Kami turunkan (al-Qur'an) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Qur'an itu, dan pang giflah orang-orang yang kamu percaya boleh menolon,g kamu selain Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.
(Surah al-Ba qárah ayat 23)
Tujuan lain al-Qur'an clan mukjizatnya dikurniakan kepada Rasulullah ialah untuk membuktikañ serta menguatkari kenabian clan kerasulan serta bukti ajaran yang dibawa oleb Baginda itu adalah datang daripadaAllah S.W.T.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment