Saturday, February 13, 2010

Kaedah Ulangan (tikrar)

Kaedah Ulangan
Pendekatan kaedah im ialah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulang kali. Bagi menjadikan kaedah mengingat im memberi kesan yang baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan berulang kah. Sehubungan dengan kaedah mengingat berulang kali mi, Aisyah (r.a) meriwayatkan hadis yang bermaksud:
“Rasulullah suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka semua mendapat
fahaman yang sebenar”.
Antara kaedah yang turut dipegang oleh Ibni Khaldun ialah pengalaman, di mana kadangkala pelajar tidak dapat memahami pada kali pertama atau kedua. Dalam hal mi, guru diminta supaya mengulang semula pelajaran tersebut sehingga pelajar dapat memahaminya (A1-Na’miy Abdullah al-Amin, 1994).
Meskipun telah banyak dibuktikan bahawa melakukan suatu perkara secara berulang kali banyak mendatangkan faedah yang balk kepada kefahaman dan daya ingatan, tetapi terdapat juga masalah yang akan wujud daripadanya. Masalah itu ialah menimbulkan rasa bosan dan menjemukan sekiranya proses ulangan mi dilakukan dengan menggunakan teknik yang tidak sesuai.Jika terlalu banyak ulangan dilakukan mungkin aktiviti mi boleh menjadi satu aktiviti yang hanya membuang masa dan membosankan. Oleh itu, anda harus berwaspada tentang kaedah mi (Salihah Siais, 1993).
Persoalannya sekarang, berapa kali proses ulangan mi perlu dilakukan supaya ia berkesan, tetapi tidak membosankan dan membuang masa. Sehubungan ini,Aisyah (r.a) meriwayatkan
hadis:

“Rasulullah mengucapkan tiga kali bila bertutur dengan satu-satu ayat dan kadangkala satu masalah yangditerangkan oleh Rasulullah diulang sebanyak tiga kali agarpendengarnya cukup jelas untuk memahaminya”.
Berdasarkan hadis di atas,jelaslah bahawa ulangan perlu dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut pada masa yang sama. Jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang antaranya.
Kita semua mengetahui dan mengakui bahawa bakat, kebolehan dan daya ingatan yang baik hanya akan timbul dan terjadi pada seseorang apabila mereka melakukan aktiviti tersebut secara berulang-ulang dan berterusan. Melakukan aktiviti secara berulang kali dan berterusan akan dapat meningkatkan kefahaman dan menguatkan daya ingatan.

No comments:

Post a Comment