Saturday, February 13, 2010

Kaedah Permainan

Permainan menjadi satu keperluan semula jadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilk darjah untuk mencapai objektif—objektif pendidikan. Kaedah bermain sesuai untuk pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Kaedah ini boleh digunakan dalam pengajaran Pendidikan Islam.
Permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa Daia, 1992).
Kepentingan kaedah permainan di kalangan kanak-kanak ada dinyatakan oleh Rasulullah
sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadisnya:
Maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang tiada kaitannya dengan zikirAllah (mengingatiAllah) dikira sia-sia atau lupa kepada Allah, kecuali empat perkara, iaitu perjalanan manasia antara dua matlamat (iaitu, bermain panah, mengejar kudanya, bermain-main (bermesra) dengan isterinya dan belajar berenang)”.
(Riwayat Attibrani)

1 comment: