Tuesday, August 9, 2011
RAMADHAN AL MUBARAK
Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izzah. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan padanya terdapat seribu rahmat dan barakah.Rugilah manusia yang tidak bercita-cita dan berusaha untuk mendapatkan malam lailatul-qadar.
Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka yang maha Besar lagi maha Hebat.
Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment