Saturday, December 3, 2011

Warna warni kelas PGSR PAI sem 6 2011




Interaksi 6 19.11.2011 hingga 22.12.2011

kembali lagi kami ke IPGMKDRI menongkah waktu mengorban masa dan tenaga merodak khazznah ilmu yang tak kesudahan. Meskipun waktu sudah terantuk tapi kami belum mahu mengadah..sebab Islam mengatakan bahawa ilmu dituntut sebleum ajal tiba.

Kegembiraan tergambar dihati setiapkali kami berinteraksi, biasalah jumpa kawan-kawan yang sejiwa dan seusia. Kadang-kadang gaya mengalah budak pra sekolah.Itulah lumrah kehidupan menuntut ilmu.

Interaksi 6 melibatkan 4 subjek . 2 wajib dan 2 elektif:
Major 1: Penugurusan sumber , makro dan mikro pendidikan Islam
major II: Penilaian dan pengukuran dalam Pendidikan islam
Elektif I : Bahasa Arab ( MUssaghar dan MUkabbar)
Elektif II : Tarannum Al-Quran.


Dalam Interaksi 6 ini yang lain tak mendatangkan masalah, Tapi bab berlagu atau tarannum....pehh...hancur. Macam-macam suara keluar..ada suara itik, ada suara serati, suara kambing, yang paling tak tahan tak keluar2 pun ada.Maklunmlah tak pernah berlagu, tak pernah belajar pun ada..Tambahan pula nafas semput-semput.
(Gambar Us.Dr Saidi sedang mengajar tarannum)

Tuesday, August 9, 2011

RAMADHAN AL MUBARAK





Alhamdulillah keberkatan bulan Ramadhan menyapa umat Islam lagi. Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izzah. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan padanya terdapat seribu rahmat dan barakah.Rugilah manusia yang tidak bercita-cita dan berusaha untuk mendapatkan malam lailatul-qadar.

Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka yang maha Besar lagi maha Hebat.

Di 10 hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, kita sering diingatkan dengan satu malam, iaitu malam yang menyamai 1000 bulan. Pastinya akan muncul ramai pemburu- pemburu Lailatul Qadar di 10 malam yang terkahir ini. Barangsiapa beribadah pada malam tersebut, maka akan tercatit amalannya seumpama dia membuat amalan selama 1000 bulan, Maha Agung dan Maha Kasihnya Allah yang tiada tuhan selainnya menganugerahkan hadiah sebegini untuk diraih oleh umat Muhammad. Semoga kita semua melipatgandakan amalan kita di penghujung Ramadhan ini dan seterusnya pada bulan – bulan yang lain. Kali ini, kami ingin mengajak para pembaca sekalian , agar sama- sama mengimbas kembali sejarah generasi terdahulu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.

Monday, July 4, 2011

Amalan pelembut hati

Seringkali kita ibu bapa merasa gusar dengan anak2 kita yang semakin membesar dan semakin mereka menunjukkan sifat2 yang tidak baik seperti melawan cakap, meninggikan suara, memberontak dan mula menunjukkan sifat anak yang derhaka.

Kita merasa bimbang, macam-macam kita lakukan hatta sanggup di bawa berbomoh dan sebagainya.Namun ia tetap tidak berubah malah semakin kasar.

Salah satu kaedah islam, ibu bapa yang menghadapi masalah ini perlu kembali kepada sirah islam dan Al-Quran. Bagaimana saidina umar sebelum Islam memeiliki jiwa yang bengis dan menolak Islam akhirnya tunduk setelah mendengar ayat Al-Quran : surah Toha.



Sebagaimana satu kaedah, ibu bapa bacalah ayat 1-5 surah toha dan mengacau masakan mengikut arah lawan jam sambil doa agar dilembutkan hati anak2 yang bermasalah. Amalkan sama ada semasa membuat minuman, masak nasi atau gulai...Insya Allah setiap usaha akan diberkati jika kita ikhlas kepadaNya..buat tanpa rasa jemu Insya Allah...tawakkal.

Ajarkanlah anak2 kita

1, Budaya memberi salam


2. Budayakan solat dalam rumah kita. Tanamkan kewajiban solat kepada anak2 kita . Agar mereka tahu betapa tanggungjawab solat ini berat dan amat diberati dalam Islam.Amalan solat amalan khususiah antara hamba dan Allah swt. Di samping itu budayakan dalam rumah kita dengan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian.Mudahan kita akan selamat dunia akhirat