Monday, July 4, 2011

Amalan pelembut hati

Seringkali kita ibu bapa merasa gusar dengan anak2 kita yang semakin membesar dan semakin mereka menunjukkan sifat2 yang tidak baik seperti melawan cakap, meninggikan suara, memberontak dan mula menunjukkan sifat anak yang derhaka.

Kita merasa bimbang, macam-macam kita lakukan hatta sanggup di bawa berbomoh dan sebagainya.Namun ia tetap tidak berubah malah semakin kasar.

Salah satu kaedah islam, ibu bapa yang menghadapi masalah ini perlu kembali kepada sirah islam dan Al-Quran. Bagaimana saidina umar sebelum Islam memeiliki jiwa yang bengis dan menolak Islam akhirnya tunduk setelah mendengar ayat Al-Quran : surah Toha.

Sebagaimana satu kaedah, ibu bapa bacalah ayat 1-5 surah toha dan mengacau masakan mengikut arah lawan jam sambil doa agar dilembutkan hati anak2 yang bermasalah. Amalkan sama ada semasa membuat minuman, masak nasi atau gulai...Insya Allah setiap usaha akan diberkati jika kita ikhlas kepadaNya..buat tanpa rasa jemu Insya Allah...tawakkal.

Ajarkanlah anak2 kita

1, Budaya memberi salam

2. Budayakan solat dalam rumah kita. Tanamkan kewajiban solat kepada anak2 kita . Agar mereka tahu betapa tanggungjawab solat ini berat dan amat diberati dalam Islam.Amalan solat amalan khususiah antara hamba dan Allah swt. Di samping itu budayakan dalam rumah kita dengan bacaan Al-Quran sebagai amalan harian.Mudahan kita akan selamat dunia akhirat

Antara akhirat dan dunia manakah pilihan umat islam kini

Setiap hari di dada akhbar Metro terpapar berita-berita yang amat luar biasa yang tak tergamak kita mendengarnya. Zaman 80 an jarang sekali kita dengar berita-berita pembunuhan, perogolan, pembuangan bayi, bunuh diri di dada akhbar sebagaimana hari ini.

Namun era 20-an ia sebagai biasa dan kita tak rasa apa-apa kelainan bahkan ia menjadi biasa. Masyarakat terkadang sudah tidak lagi terkejut dengan isu-isu anak luar nikah, penzinaan, perogolan, pembunuhan, sumbang mahram , dadah dan sebagainya.

Persoalan kepada kita yang waras? kenapa ini terjadi? Mana pergi nilai-nilai kemuliaan Islam yang kita anuti dan kita kagumi? Mengapa sifat keihsanan kita sebagai umat Islam dan hamba Allah swt.

Sreolah-olah syurga dan neraka kitav lupakan seketika semata2 untuk memenuhi nafsu kebinatangan kita tanpa mengira hakikat kebesaran dan keagungan Allh swt yang memiliki alam dan arasy.

Apa yang jelas kepada kita yang waras dan masih ada nilai2 keimanan kepada Allah swt, ini terjadi kerana umat semakin menjauhi Al -Quran dan sunnah nabi saw. Hidup ibarat bertuhankan nafsu dan berkiblatkan naluri serta kemahuan semata2. Amalan2 solat dan aurat satu yang membebankan dan mengongkong kehidupan serta membataskan kebebasan mereka.

Apa akan jadi zaman akan datang..buat anak2 kita yang mewarisi negara yang tidak lagi berkiblatkan Al-Quran dan ajaran nabi saw...nantikan sahaja peringatan dan pengajaran yang ditimpakan oleh Allah buat umat yang lupa...oleh itu berdoalah agar anak2 cucu kita tidak mewarisi sebuah budaya dan negara yang berkiblatkan nafsu dan syaitan laknatullah...

Doakanlah............doakanlah.....

Sunday, July 3, 2011

Aqidah : Syiah

Syiah
Syiah adalah selompok Islam yang paling tua. Pada asalnya mereka adalah golongan yang berpendapat keutamaan kaum keluarga Nabi s.a.w. (ahlul bait) terhadap jawatan khalifah. Dan ahlul bait yang paling berhak ialah Ali bin Abi Talib r.a.
Mazhab mereka ini zahir pada akhir zaman pemerintahan Usman bin Affan r.a. I berkembang dan tersebar pada zaman pemerintahan Ali r.a. Di mana, apabila Ali r.a. menduduki tempat yang tertinggi (memeruntah) golongan Syiah mengambil kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran mereka di kalangan manusia.
Apabila tiba pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah telah berlaku kezaliman ke atas penyokong-penyokong Ali. Umat Islam pula melihat bagaimana Ali dan anak-anaknya terkorban sebagai syuhada' dari kezaliman yang berlaku. Faktor kezaliman ini menyebabkan mazhab Syiah semakin tersebar dan mempunyai ramai penyokong.
Asas-asas mazhab Syiah
Berikut ini adalah sebahagian dari asas-asas mazhab Syiah:
1 . Imamah (pemerintahan) bukan sebahagian dari mashlahat `amah yang perlu diserahkan kepada umat untuk dirundingkan (mesyuarat). Malahan, ia dianggap sebagai rukun dan teras kepada Islam. Nabi tidak boleh melupakan atau melalaikannya. Sebaliknya baginda wajib melantik imam untuk umat ini, dan imam yang dilantik itu adalah maksum (terpelihara) dari dosa besar dan kecil.
2 . Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali r.a. sebagai khalifah dengan nash yang dinukilkan dan ditakwilkan oleh golongan Syiah dengan nukilan yang tidak pernah diketahui bahawa ia adalah nukilan syariat dan ahli hadis.???
Dari sinilah munculnya pemikiran wasiat dan menggelar Ali dengan gelaran al-washi. Ia bermaksud bahawa Ali itu adalah imam dengan nash bukan dengan pilihan ataupun syura. Dan Ali kemudian berwasiat pula kepada keturunan selepasnya. Begitulah seterusnya para imam Syiah adalah penerima wasiat dari imam sebelumnya.
3 . Ali r.a. merupakan makhluk yang paling afdal di dunia dan akhirat selepas Rasulullah s.a.w. Oleh itu, barangsiapa yang memusuhi Ali atau memeranginya, maka dia adalah musuh Allah melainkan jika dia sempat bertaubat sebelum kematiannya dan mati dalam keadaan mencintai Ali.
4 . Syiah ini tidak wujud dalam satu kedudukan sahaja, malahan terdapat di kalangan mereka yang melampau dan taksub.
Golongan sederhana dari kalangan Syiah berpendapat keutamaan/keafdalan Ali berbanding dengan para sahabat lainnya tanpa mengkafirkan atau menfasikkan sesiapapun. Mereka mengiktiraf kesahihan imam yang kurang utama disamping wujud imam yang lebih utama. Mereka mengatakan bahawa, tidak ada beza di antara Nabi s.a.w. dan Ali r.a. kecuali martabat kenabian sahaja. Selain dari martabat itu, mereka memberikan kepada Ali r.a. segala sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.
Golongan yang ekstrem dan melampau pula, tidak memadai dengan hanya mengatakan keutamaan Ali di atas khulafa'ur Rasyidin dan kemaksumannya, malahan mereka mengangkat Ali hingga ke martabat kenabian. Sebahagian dari mereka ada yang mempertuhankan Ali. Terdapat juga yang mendakwa bahawa Allah Taala bersatu di dalam diri Ali (hulul). Ada sebahagiannya yang berkata bahawa setiap ruh imam diresapi dengan sifat-sifat ketuhanan (uluhiyah) yang dapat berpindah kepada imam-imam berikutnya.
Pada hakikatnya, fahaman mencintai Ali (tasyaiyu') merupakan tempat berlindung:
- Orang-orang yang mahu menghancurkan Islam kerana sikap permusuhan atau dendamnya.
- Orang-orang yang mahu memasukkan ajaran nenek moyang mereka ke dalam Islam, yang terdiri dari kalangan bekas penganut Yahudi, Nasrani, Majusi dan lain-lain.
- Orang-orang yang mahu memerdekakan negeri mereka dan keluar dari pemerintahan Islam.
Setiap orang dari mereka ini menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bait sebagai tabir yang disebaliknya terdapat segala apa yang hawa nafsu mereka mahukan

Aqidah : khawarij

Mereka adalah kelompok Islam yang paling kuat mempertahankan iktikad mereka dan begitu bersemangat terhadap pendapat mereka. Sikap taksub terhadap pemikiran ini mendorong mereka ke arah perlakuan yang memberi mara bahaya dan bersikap keras hati terhadap orang yang menentangnya.
Kemunculan aliran ini
Aliran ini muncul adalah disebabkan oleh perselisihan yang berlaku di antara Ali dan Mu'awiyah r.a.
Ketika peperangan sedang berkecamuk di suatu tempat bernama Shiffin, Mu'awiyah dan penyokongnya meminta diadakan majlis tahkim dengan Kitab Allah kerana khuatir tenteranya akan mengalami kekalahan. Para pengikut Ali berbeza pendapat terhadap tuntutan Muawiyah, di mana pada akhirnya mereka menerima diadakan Tahkim.
Ali r.a. talah memilih Abu Musa al-Asy'ari sebagai wakil dirinya dan kelompoknya. Manakala Muawiyah telah melantik Amru bin al-Ash sebagai wakil dirinya dan kelompoknya.
Kemudian bangkit sekumpulan tentera dari pengikut Ali. Mereka berkata: "Tahkim ini adalah salah. Kerana ini membawa makna kita syak mengapa kita berperang, di mana masing-masing berperang berdasarkan keyakinan masing-masing tentang kebenaran. Mereka berkata: "Tiada hukuman kecuali bagi Allah."
Mereka menuntut agar Ali berikrar terhadap kesalahan dirinya, bahkan mereka mengaggap kafir dengan menerima tahkim. Ali tidak menjawab tuntutan mereka. Lalu mereka bersepakat untuk keluar dari Kufah ke suatu kampung bernama Harura'. Ketika itu kelompok ini dinamakan dengan al-Haruriyah. Mereka diberi nama dengan Khawarij kerana mereka keluar dari imam Ali dan para pengikutnya.

Aqidah : Muktazilah

Kemunculan Muktazilah adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara Washil bin Atho' dengan gurunya Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar. Golongan Muktazilah dinisbahkan kepadanya.
Kisah perselisihan itu berlaku semasa majlis pengajian Hasan al-Basri. Di mana seorang lelaki telah masuk dan berkata kepada Hasan al-Basri: "Wahai imam agama, telah lahir pada zaman kita ini segolongan orang yang mengkafirkan pembuat dosa besar, mereka adalah Khawarij. Segolongan lagi ialah mereka yang mengmbalikan hukum ke atasnya. Mereka berkata: "Tidak memberi mudarat kemaksiatan jika mempunyai iman, sebagaimana tidak memberi manfaat ketaatan jika dalam kekafiran. Mereka adalah golongan Murji'ah."
Hasan al-Basri berfikir. Sebelum beliau menjawab, Washi bin Atho' berkata: "Aku tidak berpendapat bahawa pembuat dosa besar itu sebagai mukmin secara mutlak dan tidak kafir secara mutlak. Malahan dia akan berada di suatu tempat di antara dua tempat."
Kemudian Washil meminggirkan diri ke suatu sudut di dalam masjid berkenaan, dan mendirikan mazhabnya sendiri. Lalu Hasan al-Basri berkata: "Washil telah mengasingkan (I'tizal) diri dari kami." Ini menjadi sebab mereka diberi nama dengan Mu'tazilah.
Washil telah dilahirkan di Madinah pada tahun 80 Hijrah, dan meninggal dunia pada tahun 131 Hijrah di Basrah.
Mazhabnya telah tersebar di Iraq, dan sebahagian dari khalifah Bani Abbasiyah telah mengikut fahaman ini.
Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah, mereka mempunyai dua buah madrasah. Yang pertama di Basrah dan yang kedua di Baghdad. Telah berlaku perdebatan dan perselisihan di antara dua madrasah ini mengenai banyak masalah.
Cara pembahasan mereka
Mereka menggunakan akal fikiran untuk setiap perkara dan cuba memperolehinya melalui jalan ini. Mereka mempunyai satu kelebihan yang hebat di dalam mempertahankan Islam, kerana mereka telah bangkit menentang orang-orang dari penganut akidah yang sesat dan dari agama-agama lain dengan hujah dan bukti.
Namun, Muktazilah telah bersikap ekstrim di dalam sebahagian pendapatnya dan pencelaan mereka terhadap ahli fikah dan ahli hadis.Begitu juga sokongan khalifah-khalifah Abbasiyah terhadap mereka, seperti al-Makmun yang secara kekerasan memaksa rakyat agar menerima mazhab mereka serta menyiksa para ahli fikah dan ahli hadis. Dengan ini rakyat telah menyifatkan mereka sebagai telah terpesong dari ajaran agama. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa akal itu terpengaruh dengan suasana dan hawa. Syarak adalah lampu yang menyinari jalan di hadapan akal.

Aqidah :Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi.
Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka.
Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai.
Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis.
Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf).
Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis.
Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam.
Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah.
Pemimpin Asya'irah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah.
Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya'irah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah:
- Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak.
- Pemahaman antara iman dan Islam.
- Makna qadha' dan qadar.
- Makna kasb (usaha).
- Wajib siksa secara syarak.
- Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.